Servis J-reka 2016 Dihentikan.

Bismillah,

Saya rasa berat hati nak tutup (samada sementara atau kekal) servis yang ditawarkan di j-reka atas sebab-sebab yang tak dapat di elakkan.

Maka sekali lagi pada 15hb Mac 2016 saya terpaksa menghentikan servis di sini.

Ampun dan maaf kepada anda yang mahukan servis untuk saya buat.




Teknik Masukkan Imej Produk bagi Template Modif

Bismillah

Perghh.. Dah lama saya tak menulis dan dah lama juga saya bekukan segala aktiviti menyediakan shopping cart untuk blogger. Dan sekarang saya sudah buka semula. Itu pun buat masa ni saya hanya offer untuk 3 template ni aje.

  1. Template Medical Herbal Modif
  2. Template Johny Sip Deh Modif
  3. Template Johny Megstore Modif

Kenapa modif semuanya? Sebab dia dah modified dari yang asal. Kini saya punya sasaran untuk menyediakan template responsif dan juga jenis template yang memudahkan, ringan, jadi tidaklah loading lama sangat..

Apa lagi kelebihan template modif ni? Teratur.

Ye, susunannya baik untuk penjual dan juga pelanggan. Buat masa sekarang ketika saya menulis ni, ramai yang tidak bersedia dengan pembelian terus menerusi paypal. Wal hal itu lah yang lebih senang. Cuma ada seller yang mahukan kos penghantaran yang lebih pelbagai dan tepat untuk setiap daerah, jadi kami bagi pilihan iaitu pelanggan isi borang online dan segala data yang lengkap termasuk kos penghantaran akan dikirakan secara automatik melalui invois yang dihantar melalui e-mel pelanggan. Kemudian pelanggan akan buat pilihan untuk bayar di mana.. samada bank pilihan atau paypal.

Autoresponder Opt-In - Butang Subscribe + Popups

Bismillah

Autoresponder malaysia percuma

Sama seperti post saya yang lepas. Anda boleh klik DI SINI untuk melihat/membaca post tersebut dan melihat demo. Terkini opt-in tersebut telah digantikan semula dengan FB Like. Tapi kaedahnya masih sama serta pergerakannya juga sama. Masa artikel tu dibuat opt-in tersebut saya letakkan disebelah kanan tepi sekali kerana mahu jadikan ia mesra pengguna internet untuk mudah baca post. Tapi kali ini ditengah tidak ditepi dan butang subscribe yang telah dicantikkan.

Autoresponder Opt-In - Butang Subscribe + Dash

Bismillah

Penggunaan autoresponder bagi yang serius berniaga secara online tidak boleh dinafikan lagi. Dengan autoresponder kita tidak berasa sukar mendapat pelanggan yang membeli secara berulang, kita boleh promosi serentak kepada semua subscriber kita serentak dengan sekali klik sahaja, boleh melipat gandakan keuntungan, tidak perlu susah-susah promosi dari satu tempat ke satu tempat setiap hari dan banyak lagi.

Saya dah berjumpa dengan autoresponder yang saya mahukan dimana saya dapat bayar sekali seumur hidup, senang berurusan dengan bahasa yang sama negara yang sama, servis yang pantas, mudah dan dapat ebook panduan lagi cara-cara nak guna. Cuma satu je yang mereka tak dapat sediakan iaitu borang opt-in yang nampak kemas dan cun berwarna kerana ia terlalu asas.